Living a Fulfilling Life
| Excited pergi KL pakai handbag baru |
Bismillah ! Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah, as I type this, baru selesai baca 1000x Al-Kauthar (took me 2 days). Ni baru minggu kedua buat amalan ni. Ada one ustaz kata if nak kaya harta baca al-Kauthar 1000x. Not sure kena baca everyday or what. Setakat ni mampu baca on weekends je sebab 1000x took me 1 hour 20 minutes non-stop. Semoga tercapai impian untuk mendapat kekayaan harta yang halal, berkat, berterusan dan yang membawaku dan orang yang tersayang ke syurga Firdaus tanpa hisab near Allah. inshaAllah aamiin !
Harini birthday akak yang ke-34. Kuuu doakannn bahagia selaluuu untukmuuu, tercapai segala cita-cita muuu. Selamat uuulang tahunnn kuucapkan untuk muuuu tiadaa yang bisa ku beriii hanyalah doa dan rasa cintaaa. Hahaha dah dah cukup nyanyi. Semoga kakak dilapangkan segala kesulitan, dimudahkan segala urusan, dikurniakan rezeki yang halal, berkat, berterusan dan yang membawa akak ke syurga Firdaus tanpa hisab near Allah. Aamiin !
Bulan ni memang bulan birthday. Birthday A6, mama, abah, and akak.
Birthday mama abah haritu makan kambing and ayam perap, then makan nasi talapia goreng set.
Adik & family pun balik sini after one year. Pika masak kek oren and nutella burnt cheesecake. Sedap ya ampunn. Sempat main Saidina dengan Jiah Teha. Game tu sama je tak berubah dari dulu haha.
28 Oktober haritu pun hari yang bersejarah buat aku. First time in my life pergi job interview yang rasmi. Kerja kerajaan pulak tu. Nervous dia lain macam but alhamdulillah sangat dapat panel yang sangat baik. Cuma I was not very satisfied with myself. I could've done better. Ni antara soalan-soalan yang mereka tanya aku :- (actually nak buat a special post ''Pengalaman interview kerja pembantu tadbir SPA'' and post kat IIUM confession kan tapi entah bila la aku akan buat kan. So share kat sini dulu lah.)
My interview questions :-
- Kenalkan diri
- Result bagus, kenapa diploma, kenapa IT, dan kenapa OUM ?
- Kenapa berhenti kerja KFC ?
- Kenapa berhenti A-Level ?
- Apa pendapat anda tentang golongan anti-vaksin ?
- Nyatakan 1 isu semasa yang awak tahu
- Jika tak berjaya dapat jawatan ini, di mana awak 5 tahun akan datang ?
- Apa impian awak sebenarnya ? (Highlight soalan ni sebab dah lama sangat aku tanya diri aku soalan ni tapi sampai sekarang tak terjawab)
- Jika diberi peluang untuk putar semula dan ubah hidup awak, titik hidup awak yang mana yang ingin awak ubah ?
Lepas interview ni, aku rasa communication skills aku sangat lemah, knowledge aku sangat limited, confidence level low, and aku sangat tak mengenali diri aku yang sebenarnya. So, memang banyak areas in myself yang aku kena improve. Mungkin aku boleh start dengan banyakkan bercakap dan banyakkan menulis supaya dapat asah skill aku ni. Seriously I'm so flawful...
But alhamdulillah for this experience. InshaAllah I won't give up although sekarang ni hidup aku kucar-kacir dan macam takde hala tuju. Aku akan terus berusaha sampai aku jadi lebih kaya dari Elon Musk. Hahaha ngok.
Selain interview, 28 Oktober juga aku dapat anak buah baru aww. Baby girl lagi. Belum dapat lagi jumpa dia. InshaAllah this week kot.
29 Oktober pulak one of my students, Auni Hafeezah punya last day at tadika. Sedih juga sebab Auni is a really good girl. Pandai, baik, hormat teacher. Wishing nothing but the best for Auni's future endeavours. Nak jumpa Auni bila Auni dah besar nanti please !
Berat badan walaupun static je (now 70.2kg) but alhamdulillah sangat sebab ingatkan naik mendadak. Ye la sebab banyak makan kan this month. Paling rendah haritu dapat 69.6kg tapi sebab next day tu weekend, adik balik pulak tu, so memang tak dapek la nak turun lagi kan. Harap2 November ni dapat 67kg laa please ya Allah.
Apa impian aku sebenarnya eh ? Aku nak kaya, tapi aku taknak buat bisnes sebab aku rasa tak kena dengan jiwa aku. Yang aku boleh fikir sekarang is passive income like invest in gold, Wahed, saham, ASB, Tabung Haji. Tapi passive income macam ni gonna take years before ada hasil kan.
So hm tak tau la. Buat masa ni aku macam nak try menulis balik. Maybe write a book and maybe buku tu jadi hit and royalti aku dapat RM1 juta ke kan. Wah cita-cita tinggi hahaha.
Eh. Should I get myself a planner for 2022 ? Should I ??
Last Friday punye Study Date AA Plus memang best laa. Bincang pasal kisah Sayidatina Asiah, isteri Firaun and haircomber anak Firaun,Mashitah. Most of us when tested with calamities, kita always ask Allah to get us out of the difficulty first. Tapi Sayidatina Asiah, sebelum dia mintak doa supaya dilindungi dari Firaun, dia mintak Allah berikan dia rumah di syurga near Him. See ? Dia mintak akhirat first, then baru dunia.
Next time if aku terima ujian, aku nak try laa mintak reward kat Allah asbab ujan tu, ask for akhirat first then baru mintak dilapangkan kesulitan yang dihadapi. Nak try laa.
Wehhh berterabur kan ayat aku. Haih takpelah. Nak edit malas. Lagipun takde orang baca kan hahaha. Lantak pi la. Kejap lagi nak buat kijo tadika pulak. Minggu ni tema Deepavali. Apa lah silabus diorang agaknya hahaha.
Alhamdulillah.
Until then,
Bie

Comments
Post a Comment