Tanyalah Ustaz : Hutang vs Sedekah

Me : Assalamualaikum ustaz. Selamat pagi. Maaf ganggu ustaz. Ayah saya ada satu pertanyaan untuk ustaz. Antara membayar hutang dengan memberi sedekah, yang mana lebih utama ya ? Sebab ayah saya nak sedekah tapi dia serba salah sebab hutang dia banyak. Tapi kalau nak tunggu selesai bayar hutang, mungkin lambat lagi boleh beri sedekah. Harap ustaz tak pening baca soalan saya hehe. Mohon pencerahan ya ustaz.

Ustaz : Waalaikumussalam. Antara sedekah dan membayar hutang, bayar hutang lebih utama. Allahu wa Rasuluhu a'lam.

Me : Baik ustaz. Jadinya, jika saya ada duit lebih, lebih baik saya bantu ayah saya bayar hutang daripada sedekah ya ?

Ustaz : Kalau awak yang punya duit, awak punya pilihan untuk bantu ayah bayar hutang atau sedekah. Dimana awak boleh menilai situasi sedekah dan bayar hutang. Bantu ayah langsai hutang juga adalah sedekah. Bayar hutang lebih utama adalah pada orang yang berhutang. Selagi dia hidup maka hutang adalah lebih utama diselesaikan. Sekiranya telah meninggal dunia barulah waris bertanggungjawab langsaikan hutang arwah.

Me : Alhamdulillah baik, faham ustaz. Terima kasih ya. Nanti saya terangkan kepada ayah saya. Jazakallahu Khair.

Semoga bermanfaat buat semua. Wallahu a'lam. Assalamualaikum. 

Love,
Bie

Comments

Popular Posts