Recipe : Kuih Kaswi

Bahan-bahan :-
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi
- 3/4 cawan gula
- 1 cawan gula merah atau gula perang
- 5 cawan air
- 1 sudu teh kapur makan - campur dengan 3 sudu makan air

Cara :-
1. Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan
2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama bahan-bahan lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air
3. Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras
4. Didihkan air dalam periuk kukusan dan alas penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti
5. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih
6. Kukus kuih guna api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang digunakan
7. Bila kuih masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
8. Gaul potongan kuih kaswi dalam kelapa muda parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula (jika suka). Boleh juga gaul dengan kelapa parut kosong kerana kuih sudah mempunyai rasa manis

Nota :
1. Potong kuih guna pisau plastik
2. Resepi ni untuk 10 orang makan
3. Sumber resepi : Azie Kitchen

Selamat mencuba.


First time cuba menjadi weh

Love,
Bie

Comments

Popular Posts