Murajaah : Surah Yasin

Sejak 1 April, ustaz buat kelas hafazan kat Zoom hari-hari. Setiap kelas dalam 1 jam lebih jugak. Seperti biasa, kami mulakan kelas dengan bacaan doa, then murajaah sama-sama.

Ustaz baru je whatsapp, harini kelas cancel sebab ustaz kurang sihat.

Sambil murajaah tu, ustaz akan bagi ulasan tentang ayat tu, mostly dari aspek tajwid. Tapi semalam, aku hampir menitis air mata lepas ustaz bagi cerita pendek tentang Surah Yasin. Sebelum tu, murajaah setiap 5 ayat &  ajar tajwid. Dalam 10 minit terakhir tu, ustaz cerita tentang ayat pertama Surah Yasin which is Yaasin.

Sebelum aku nak share dengan korang, aku harap korang tak ambil apa yang aku cerita ni bulat2. Please jangan copy paste je sebab aku hanya cerita ni berlandaskan apa yang aku faham, and mungkin apa yang aku cerita tu tak sama atau salah tafsir sendiri. Aku harap sangat lepas korang baca apa yang aku share ni, korang semak dulu dengan ustaz atau alim ulama. 

Berbalik kepada ayat Yaasin tadi, ustaz kata, semasa Rasulullah nak sebarkan Islam, baginda dapat pelbagai tohmahan, cacian, makian, dan ejekan. And most of the time, baginda masih boleh lagi remain calm dan bersabar dengan dugaan ini. Tapi apabila ada orang yang ejek baginda anak yatim, baginda rasa sedih. Untuk meng'happy'kan balik Rasulullah, Allah panggil baginda dengan panggilan Yaasiin.

Yaa bermaksud Wahai dan Siin adalah satu gelaran kepada Raja kepada semua raja. Kalau kat Malaysia ni, kite punya Agong.

Ustaz ajar, lepas baca ayat pertama tu, seelok-eloknya berselawat. Mungkin korang pun tertanya-tanya macam aku, sebab selama ni kalau ayat Yaasiin, Alif Laam Miim, takde translation kan? Even dalam Al-Quran tafsir pun takde. Tapi sebab ustaz pun bukan cerita ni ikut sedap je, dia berguru dengan alim ulama, jadi aku anggap ini proses belajar untuk aku lebih mendalami Al-Quran dan maknanya.

Jom geng, kita tadabbur Al-Quran. Tapi setakat ni aku tak sure nak belajar kat mana.

By the way, aku tengah layan lagu2 Irfan Makki. Boleh nangis weh dengar lagu dia.

Qalbul Quran 


Love,
Bie

Comments

Popular Posts