Hampir dapat kerja

Di saat aku menulis ini, jam menunjukkan pukul 4.56pm dan hari ini aku berpuasa. Jadi, aku pun tak tahu sama ada penulisan aku harini akan berunsur waras atau tidak. Lol. Baiklah, aku akan cuba menulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu untuk entri hari ini. Bismillah..

Al-kisahnya, semalam seorang kawan sekolah telah 'share' kepadaku satu jawatan kosong berdekatan dengan tempat tinggal aku. Jawatan sebagai kerani. Yang menarik perhatian aku adalah jadual kerja yang tetap dan syarikat tersebut syarikat yang terkenal dan kukuh di kawasan ini. Aku pun pergi 'menjenguk' ke syarikat tersebut dan mengambil borang. Aku agak yakin jika aku memohon kerja ini, kebarangkalian untuk aku diterima adalah tinggi sebab mereka perlukan orang dengan kadar yang segera. 2 Mac ni dah boleh mula kerja!

Akan tetapi, Allah itu lebih berkuasa. Aku terbuka hati untuk meminta pendapat akak tentang perkara ini. Akak terus berkata "No" kerana dia memerlukan aku untuk edit bukunya (buku pertamanya yang akan diterbitkan insyaAllah). Jadi, aku pun okay je lah. Aku pun membuat keputusan untuk tidak memikirkan tentang kerja sehingga buku akak diterbitkan, yang dijangka akan diterbit dalam masa terdekat (2-3 bulan).

Aku rasa sedikit sedih sebab duitku sudah semakin susut. Namun, aku percaya rezeki duit itu pasti akan ada. Buat masa ini, aku akan menumpukan perhatian kepada perkara yang menghiburkan hati aku :-

1. Menulis dalam blog yang tidak dikenali ini
2. Tolong akak edit buku dia
3. Hafaz Quran

Semoga ada rezeki kerja aku nanti insyaAllah. Tapi, lebih baik jika aku menang Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup tu. Senyum tak lekang wei.

p/s : I feel so skema writing in Malay.

Love,
Bie

Comments

Popular Posts